Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Khamis, 8 September 2011

JALINAN RINGKAS HASIL SENI ORANG-ORANG TERDAHULU

Salam Sejahtera.

JARING

Jaring adalah merupakan pilihan sesiapa di dalam industri pengkomersilan hatta hobi atau kraf.
Jaring yang sering kita dengan antaranya adalah sebagaimana berikut :
  1. Jala
  2. Penyauk
  3. Jaring ikan
  4. Jaring Jebak
  5. Dan lain-lain
Pada ruangan ini ,saya ingin berkongsi dengan pengunjung semua berkenaan membuat jaring khususnya bagi pembuatan berbentuk seperti JALA.Tetapi yang ingin saya kongsikan di sini bukanlah kaedah sebenar membuat JALA.Pembuatan Jala memerlukan kepakaran khusus di dalam bidang tersebut.Tetapi di sini adalah cara pembuatan bentuk Jala ringkas sebagai perkongsian info sahaja.Kaedah pembuatan Jaring memerlukan kesabaran kerana ianya merupakan 1 kraftangan yang menggunakan pemerhatian yang perlu di beri tumpuan untuk membina sesebuah Jaring.

Yang di maksudkan dengan JARING di sini bukanlah kaedah pembuatan Jaring bidang seperti pukat-pukat menangkap ikan itu.Proses pukat itu memerlukan masa yang panjang dalam proses pembuatannnya.seperti pembuatan dari kilang-kilang dan seumpamanya.
Walaupun kita tidaklah sepakar pembuat Jaring yang hebat, namun sekurang-kurangnya kita boleh lah belajar untuk mencuba seni membina Jaring ini menggunakan kaedah Tradisional seperti orang-orang terdahulu membinanya.Orang kata sekurang-kurangnya generasi depan akan tahu juga kaedah dan  bentuk nya agar tidak di telan oleh zaman. Kerana ini juga merupakan hasil seni datuk dan nenek kita dahulu kala.Jasa mereka amat banyak untuk kita rekodkan untuk tatapan anak bangsa akan datang.Kerana itulah saya cuba juga ketengahkan sikit-sikit walau pun saya bukanlah duduk di dalam bidang tersebut.Cuma sebagai mengenangkan kebolehan, kepakaran tok nenek terdahulu menghasilkan HASIL SENI yang begitu unik dan cantik sekali.

Jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit peralatan, dan bentuk Jaring yang di bina untuk perkongsian info di Blog ini.

Moga ianya akan menancapkan kreativiti kita sendiri di dalam bidang seni malahan di bidang kraftangan itu sendiri.

Membina Jaring memerlukan tumpuan khusus jika kita baru ingin belajar membinanya.
Dan disini saya akan kongsikan serba sdikit berkenaan perkara itu.Antara peralatan yang sering digunakan untuk membina sesebuah Jaring ringkas seperti gambar yang akan saya paparkan di sini kita memerlukan beberapa peralatan antaranya ialah :
  1. Coban / Alat mengait benang atau mengait jala.

    • Alat ini boleh di beli di kedai-kedai pancing atau seumpama dengannya atau kita boleh buat sendiri menggunakan buluh.Namun pembinaan sendiri alat ini menggunakan buluh memerlukan ketelitian nya tersendiri juga.Untuk memudahkan kita , sebaiknya pada peringkat ini kita beli sahaja di kedai-kedai pancing ada terjual mengikut besar atau kecilnya alat ini mengikut kehendak kita sendiri.
    • Anggaran harga alat ini (coban) tidaklah membebankan kita lebih kurang RM1 atau lebih sedikit mengikut besar atau kecilnya alat ini
    2. Benang, Tangsi dan sebagainya
    •  Benang atau Tangsi sering digunakan untuk membina Jaring.Ada orang menggunakan Benang Nylon, Tangsi sahaja.Namun di sini saya cuba membina menggunakan Benang jenis Braided.Benang jenis Braided ini saya cuba bina menggunakan saiz 30lbs.Namun kita boleh membina mengikut saiz yang kita kehendaki.Nak lagi halus boleh kita gunakan 10lbs, 20lbs dan sebagainya.
    • Namun benang jenis braided mungkin harganya sedikit mahal namun untuk mencuba boleh kita beli.Dan benang braided ini mudah membina jaring kerana ianya jenis statik.jadi amatlah mudah membina sebuah jaring bagi kita yang baru belajar.Apabila kita telah mahir boleh menggunakan benang jenis nylon biasa untuk membuat jala atau strong bow (benang jahit kusyen) dan seumpamanyalah.
    • Bagi orang-orang dahulu, mereka menggunakan tangsi sahaja kerana ianya murah dan mudah juga untuk membina sesebuah Jaring khususnya Jala dan seumpamanya.
    3.Pengukur ruang Jaring.
    •  Pengukur ruang Jaring yang saya maksudkan di sini adalah ruang atau ruas Jaring.Alatan yang mudah kita gunakan adalah pembaris atau buluh atau kayu atau seumpamanya yang kita fikirkan sesuai untuk kita membina Jaring nanti.Kebesaran Pengukur Jaring ini sebenarnya juga mengikut kehendak kita sendiri .Sebesar mana ruang atau ruas Jaring yang kita perlukan.Sebagai contoh jika kita ingin membina Jala yang ingin menangkap ikan kecil-kecil boleh kita buat atau sediakan Pengukur yang kecil sedikit, kalau kita rasa nak jala ikan sederhana besar agar ikan tidak terlepas boleh kita bina pengukur ruang jaring tu besar sedikit.Ini tidak spesifik sangat.Ianya mengikut kehendak kita sahaja.
    • Jadi pada gambar yang saya paparkan ,saya mengunakan buluh sahaja.
    4. Pisau atau Gunting
    •   Pisau atau gunting amatlah perlu untuk memudahkan kita memotong benang pada permulaan atau penghabisan nanti.Kerana jika kita menggunakan benang jenis Braided amat sukar memotong menggunakan Gunting.jadi pisau amat sesuai kerana benang nya liat.Jika benang nylon tak ada masalah.
    Di sini saya tidak tunjukkan cara membina jaring ringkas, cumanya sekadar berkongsi benda dan jaring ringkas yang telah siap di bina sahaja.........................


    Antara alat-alat yang di perlukan
    Buluh pengukur ruas


    Tiada ulasan: