Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 1 April 2019

ISTILAH GAGAP HABIS @ GAGAP PENUH

Maaf lama tak update disebabkan bz dgn urusan.
Disini saya ingin berkongsi dengan salah 1 ISTILAH dalam mainan TERKUKUR sahaja yakni ISTILAH 'GAGAP HABIS' @ 'GAGAP PENUH'
Gagap habis atau TINDAN adalah istilah yg sama bg sesetengah tempat di utara.ada panggil gagap ada panggil tindan.tp bg istilah ni bg utara sama sahaja disetengah tempat.
Gagap habis yg dimaksudkan adalah seekor burung terkukur yg sedang menguku atau angguk berlapis 2 kali tanpa henti sampai keakhir suaranya.ni salah 1 contoh seni bg burung terkukur kampung sahaja.saya tidak bertumpu kpd burung kacuk atau pesum.saya hanya tumpukan kpd terkukur kampung asal.
Gagap habis menguku berlapis bertindan tindan 2 kali sampai habis suara.
Jika menguku atau angguk berlapis sekali kita panggil gagap 1 mata.bermakna gagap sekali saja dan kosong dihujungnya.selepas itu jadi angguk biasa.jika angguk 2, 3, 4, 5 atau 6 atau seterusnya kita akan kira gagapnya dimana dia berhenti angguk atau menguku.tapi jika burung tersebut angguk atau menguku sampai habis(akhir suaranya) sampai kehujung kiraan tindan nya 6 dan hujung suranya berenti pada 6 patah gagap maka tetap kita panggil gagap habis.paling kurang 6 keatas .kerana jarang burung kampung menguku hanya sekali saja ..paling kurang masa menguku berhenti suara adalah pada bilangan 5 atau 6 keatas...jarang sgt kita jumpa burung asal kampung menguku hanya sekali saja.
Misal kata burung terkukur tersebut menguku berlapis sebanyak 6 kali tanpa henti kemudian suaranya ada lagi tetapi kosong di hujung maka itu kita panggil gagap 6 mata..kalau gagap penuh atau gagap habis suaranya mesti berlapis 2kali sampai kehujung suaranya.maksudnya bertindan angguk sampai kehujungnya.
Diharapkan info ini dptlah sedikit sebanyak membantu insyallah.
Sekian wassalam

Selasa, 19 September 2017

TRIP KG KEPAYANG BOTA PERAK 16.9.2017 MERIAH

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua .

Alhamdulillah syukur dengan limpah kurnia ilahi Trip kali ke 15 dan trip kali kedua bagi tahun 2017 yang di adakan di Kg Kepayang Bota Perak Darul Ridzuan , pada 16 September 2017, bersamaan hari Sabtu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Dan sambutan amatlah amat menggalakkan dengan kehadiran rakan-rakan seramai 500 lebih yang hadir.

Dan saya mewakili pihak PWSTM mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan2 ahli yg hadir bagi memeriahkan trip kedua pwstm bg tahun 2017 ini di kg kepayang bota perak darul ridzuan .

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua AHLI JAWATANKUASA ,URUSETIA dan semua yang terlibat dalam menjayakan TRIP SILATURAHIM ini khususnya kepada rakan2 AJK PWSTM & AJK KERJASAMA DARI RAKAN2 DI PERAK yang sama2 turut membantu bagi menjayakan hingga terlaksananya aktiviti PWSTM dengan cemerlangnya.

Ucapan tahniah & syabas juga kepada semua pemenang kategori terkukur dan merbok diatas usaha tuan2 sekelian.

Ucapan tahniah juga kepada semua penerima hadiah2 cabutan bertuah yg sama2 turut menyumbang bg memrriahkan lagi trip pwstm.

Terima kasih juga kepada YB yg sudi bersama pwstm dan sudi membantu serba sedikit utk memudahkan perjalanan aktiviti yg diadakan.

Sekalung terima kasih jua kpd JKKK kg kepayang bota perak dan seluruh ajk nya dan kerajaan negeri perak diatas kesudian kerjasama dengan pwstm bg memeriahkan warisan seni ini.

Akhir kata dari saya, kemaafan dipinta seandainya ada kekurangan daripada pihak pwstm semasa melaksanakan aktiviti ini.

Insyaallah ada masa dan ruang kita bersua lagi ditrip2 yang akan datang.

Sekian terima kasih, Wassalam

Yang benar

Longkedah
Pemangku pengerusi

Persatuan warisan seni terkukur Malaysia(pwstm)





Rabu, 8 Mac 2017

GAMBAR TERBAIK MAC 2017

Assalam & Salam sejahtera

Gambar terbaik Mac 2017

yakni gambar sempena majlis perasmian penutup Aktiviti silaturahim memikat terkukur & merbok anjuran PWSTM yang disempurnakan oleh YB Dato Mohd Fadil Osman (Adun Kemayan)

Terbaik.....


TERIMA KASIH SINAR HARIAN PAHANG

Assalam & Salam Sejahtera

PWSTM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd pihak SINAR HARIAN EDISI PAHANG kerana menerbitkan liputan mengenai AKTIVITI SILATURAHIM MEMIKAT TERKUKUR & MERBUK DI FELDA SEBERTAK , BERA PAHANG pada 4 Mac 2017 (Sabtu) yang lalu

Terima Kasih


Selasa, 7 Mac 2017

TRIP PEMBUKAAN BERA 2017 SAMBUTAN DILUAR JANGKAAN

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah trip silaturahim pwstm pada 04.03.2017 bertempat di Felda Sebertak, Bera PAHANG berjalan dengan lancar dan meriah sekali dan sambutan diluar jangkaan

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada semua ajk dan urusetia yang terlibat bagi menjayakan trip ini.

Penghargaan yang amat tinggi di ucapkan kepada semua rakan-rakan yang menyumbang hadiah kepada pwstm untuk bersama-sama memeriahkan trip ini.Hanya Allah SNWT sahaja yang dapat membalasnya

Program pembukaan pada hari ini telah di rasmikan oleh Encik Ahmad bin Long, merangkap JKKK Felda Sebertak.Bera dan Perasmian penutup oleh YB Dato Mohd Fadil Osman (Adun Kemayan)
Jutaan terima kasih kepada perasmi kerana sudi meluangkan masa beliau bersama PWSTM

Terima kasih juga kepada pengurusan Felda Sebertak, penduduk kampung, Pihak berkuasa dan seumpamanya kerana sudi bekerjasama dengan PWSTM

Terima kasih juga kepada pihak TV3 kerana sudi membuat liputan dan rakaman bersama PWSTM

Terima kasih juga kepada akhbar Sinar Harian Pahang kerana sudi menerbitkan aktiviti trip PWSTM

dan akhirnya terima kasih kepada semua rakan-rakan ahli yang hadir untuk bersama memeriahkan trip.

Jumlah kehadiran adalah seramai 564 orang
Jumlah ahli bari yang mendaftar seramai 264 orang

Sekian
Ahli-ahli yg hadir seawal pagi untuk mendaftar


urusetia bertungkus lumus












ketibaaan peserta

perjalanan program pun bermula























sesi bergambar sebelum peserta berlepas aktiviti memikat
TV3 membuat liputan

ketibaaan YB


ucapan dan perasmian penutup oleh YB Dato Mohd Fadil Osman (Adun Kemayan)
majlis pelepasan burung terkukur kehabitat asal

majlis penyampaian hadiah kepada pemenang utama








penyampaian cenderahati kepada YB Dato
YB berangkat pulang
acara penyampaian hadiah cabutan bertuah








santai





















































sekian, jumpa lagi