Assalamualaikum & salam sejahtera
Alhamdulillah trip silaturahim pwstm pada 04.03.2017 bertempat di Felda Sebertak, Bera PAHANG berjalan dengan lancar dan meriah sekali dan sambutan diluar jangkaan
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada semua ajk dan urusetia yang terlibat bagi menjayakan trip ini.
Penghargaan yang amat tinggi di ucapkan kepada semua rakan-rakan yang menyumbang hadiah kepada pwstm untuk bersama-sama memeriahkan trip ini.Hanya Allah SNWT sahaja yang dapat membalasnya
Program pembukaan pada hari ini telah di rasmikan oleh Encik Ahmad bin Long, merangkap JKKK Felda Sebertak.Bera dan Perasmian penutup oleh YB Dato Mohd Fadil Osman (Adun Kemayan)
Jutaan terima kasih kepada perasmi kerana sudi meluangkan masa beliau bersama PWSTM
Terima kasih juga kepada pengurusan Felda Sebertak, penduduk kampung, Pihak berkuasa dan seumpamanya kerana sudi bekerjasama dengan PWSTM
Terima kasih juga kepada pihak TV3 kerana sudi membuat liputan dan rakaman bersama PWSTM
Terima kasih juga kepada akhbar Sinar Harian Pahang kerana sudi menerbitkan aktiviti trip PWSTM
dan akhirnya terima kasih kepada semua rakan-rakan ahli yang hadir untuk bersama memeriahkan trip.
Jumlah kehadiran adalah seramai 564 orang
Jumlah ahli bari yang mendaftar seramai 264 orang
Sekian
Ahli-ahli yg hadir seawal pagi untuk mendaftar
urusetia bertungkus lumus
ketibaaan peserta
perjalanan program pun bermula
sesi bergambar sebelum peserta berlepas aktiviti memikat
TV3 membuat liputan
ketibaaan YB
ucapan dan perasmian penutup oleh YB Dato Mohd Fadil Osman (Adun Kemayan)
majlis pelepasan burung terkukur kehabitat asal
majlis penyampaian hadiah kepada pemenang utama
penyampaian cenderahati kepada YB Dato
YB berangkat pulang
acara penyampaian hadiah cabutan bertuah
santai
sekian, jumpa lagi