Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 28 Jun 2010

BERKELAH DI PROJEK SAWIT

Salam
26 Jun 2010-petang Sabtu
Projek Sawit Adik J17
Keluarga

Jam 4 ptg adik ipar sms tanya turun mikat ke petang ni ? saya reply tengok dulu nanti beritahu kemudian.Lepas asar send msg bg adik ipar kata x jadi lah kot pasal semua nak pi projek pakdak(adik saya la tu).Bawak bb jalan-jalan je lah kata saya.Adik ipar balas OK.siap semua,bungkus apa yang patut untuk di telan ha ha ha,keropok,popia air batu.alamak.mcmana nak bawak ni ? penuh dh raga motor ni ? hang pegang cetok ni ha ha ha ha.saya dengan org rumah bertolak ke ladang.memang begitulah kehidupan kami sekeluarga adik beradik semua.setiap minggu tu kami semua adik beradik akan turun ke ladang untuk berkelah-kelah merehatkan minda sambil seronok-seronok di samping melihat lembu dan kambing peliharaan perkongsian kami semua.lebih kurang 1/2 jam bertolak sampailah ke lokasi.adik naik hilux dengan anak-anak saya.Org tua saya naik motor.Adik ipar pun motor dengan cetok di dalam raga motor.adik yang no.2 pun naik motor 4 beranak depa.sampai ladang terus hampar tikar bawak keluar apa yang masing2 bawak bekal.pulun dulu ha ha ha ha.....ada yg bawa nasik lauk sotong, masak kuning nangka fuhhh meleleh la pulak ayaq lioq ni prenggggg.bak mai pinggan tu ha ha ha.Ada yg bawak jeruk dan mcm2 lagi lah.saja seronok-seronok.

Siap makan lepak jap.Anak dok korek cacing nk mancing lah tu.Saya dengan adik ipar pacak je lah tepi sawit dekat kami je.sambil dok borak2 tengok gelagat anak-anak saudara yg kecik2 tu tiba2 telinga ni x leh dengar bunyi terkukur.related dah prengggg ha ha ha.Alamak suara kecik sedap tu.kata saya pada adik ipar.pi la pacak.terus nampak bh melambung naik menuju ke ladang org di seberang hutan sana.jauh juga dia melambung.adik ipar pacak di laman dan saya pacak tanpa racik atas tunggul mati aje.

Siap menyorok dengan riuh rendah suaran anak beranak semua.tiba2 bh tadi sampai atas ni lah.....

nampak 2 ekor.seko betina.menguku atas angga tu.dah teradap dengan bb adik ipar.tiba-tiba pap-pap-pap bh td melambung naik dan hinggap kembali.pastu lagi 2 ekor sampai.seko arah adik ipar suara kasar.Yang suara kecil ke arah saya.nampak dia terjun pufffffffffff.......melayang hinggap di sawit rendah betul2 di tepi saya.dok menguku situ.adddoiiiii.....tiba2 bb adik ipar menguku sakan.kedengaran bh pun menguku.sah turun dah bh suara kasar td.Org rumah dok anta sms jom nk balik depa semua nk balik dh ni.saya reply sat la bh tgh dok lawan ngan reza nuuuuu..adddoiiii..line kejap ada kejap x dak.nk anta sms tanya line pulak x dak.tengok adik ipar dh keluar.nampak bh terbang sana sini .tapi racik dh membatasi.

nin dia....

Sekian laporan dari tapak projek bangunan 5 tingkat ha ha ha ha.melawak je. 

CABUT SEBENTAR

salam
26 Jun 2010 - sabtu
J20
Pikat : NY & BB

Hari ini ada kenduri lagi,siap semua terus cabut sebentar ke lokasi.lokasi baru x pernah sampai.malam tadi hujan.hari ini nampak cuaca baik sikit.terus naik moto cabuk kelaman.sampai laman suasana riuh rendah di seberang sawit tinggi.saya di laman sawit rendah.duduk kejap mengamati bunyi yang baik.ada sekor suara boleh lah di atas.sekor lagi bunyi di seberang sana.tengok sana tengok sini mana nak pacak.nampak angga ini



dalam hati angga ni cantik ni.nampak gaya ada potensi bh hinggap di sini.kerana tinggi dan sesuai utk bh hinggap.pusing kiri kanan laman mana nk pacak ni ? tengok punya tengok di sini lah...


siap pacak terus masuk jerumun belakang sawit rendah.pikat dok rileks kejap terus buat kerja.perap 2 -3 kali angguk.bh di atas dengar makin rapat.pikat buat kerja lagi sambil mematuk-matuk tanah.bh x juga sampai.pikat bunyi lagi.tiba-tiba pikat menekan rapat dan menguku.tengok bh dari seberang sana sudah sampai atas angga tadi.pulun punya pulun, bh dari atas tadi sampai atas angga tadi.menguku sesama dia.purfff bh dari atas cabut.kalah nampaknya.tinggal bh dari seberang.pikat buat kerja lagi.dalam lebih kurang 8 minit bh x juga turun.pikat tekan perlahan.x juga turun.dalam hati sabar menanti.bh lambung guk 3 patah.pap-pap-pap-pap bh melambung naik terus menuju ke seberang sana.adddoiiiii...x dak harapan nampaknya.mungkin sigiag(laman) dia di seberang.biarlah.bila bh melambung bh tadi pun sampai hampir semula di atas pokok durian di belakang saya.pikat buat kerja walau x nampak.tak kisahlah.harap masuk angga lah.

Tidak masuk juga.tiba-tiba bh dari seberang sampai semula atas angga ini.masing-masing buat kerja.pikat gerbang naik.tekan lagi.saya pun sudah rindu rendam di hati.adddoiiii bila la hang nak terjun ni ? bosan tunggu lebih kurang dlm 5 minit bukak telefon sms pada ZK.addoiiii....nampak gayanya kena bawak baygon mai sini zk oiiiiii...ha ha ha ha...tiba2 pruffffff..bh terjun betul2 depan laman racik.menguku 3 patah tarik kaki.terus berlari keluar di kuatiri bh ni terlepas .bukan apa takut pisang berbuah dua kali pada minggu lepas.nak pergi ambil terlepas.tu yg cepat2 keluar tu tanpa banyak bicara.nin dia tuan angga.....



siap masuk bh dalam jut terus sms ZK.Alhamdulillah zul, dh tapau yg tadi.bh kosong angin zul........

terus saya ubah laman di sebelah saja di hujung pelepah jatuh.
terus saya tebuk laman pasai berumput sikit.kerana nak ambik bh dari atas bukit tadi.siap pacak bh senyap sunyi.dalam hati insyaallah ada ni.pikat buat kerja sekejap.lambung guk.bh makin hampir.agaknya otai angga dah tak ada dia berani hampir.naik atas angga tadi.dok lawan suara pulak atas angga hampir 10 minit.hantar sms kat zk lagi pasai dh bosan.zul ada seko lagi tolong doa-doa sikit nooooo..prenggggg...tunggu punya tunggu bh x terjun depan atas jalan.dia landing di sawit depan saya menyorok.dia x nampak pasai saya dok dlm mafla.dok perap situ hampir 5 minit.pindah sawit dekat pikat.dok itu hampir 5 minit lagi.prufff hinggap atas pelepah jatuh.cantekkkk dalam hati saya.dia meniti atas tu .harapan saya insyaallah kot dia akan terjun mengikut pelepah dan ke laman racik.rupanya sangkaan saya meleset sama sekali.dia terjun di belakang.ada laman sikit utk dia terjun.pandai bh ni.menguku sana sini di belakang.berjalan masuk ikut belakang.masuk berlaga.adddoiiii x kena racik.terus dia duduk menguku situ je lah sampai sudahhhhh....nak keluar pun biar lah lagi.mana lah tahu dia masuk semula.namun tidak masuk dah.tak lama kemudian tuan tanah naik motor nak pergi tengok buah durian.bh terus cabut.terus saya keluar.pack semua cabut balik.tunggu hang aku nk repeat.

sekian

Khamis, 24 Jun 2010

FELCRA MENGKUANG - BACKDATED

Salam
backdated
felcra mengkuang
12 tgh
kekuatan : 4 org with otai2
jentera:NY & SJ

Hari ini memang kebetulan penat sgt.terus ambil keputusan rehat.di pagi hari hujan turun renyai-renyai.capai NY&Sj masuk dlm cetok utk pergi j20 kerumah pak usop.jika cuaca tidak mengizinkan maka lepak2 lah kat rumah dia sembang-sembang.Terus capai BMW buruk menuju ke rumah pak usop.dlm perjalanan ternampak proton saga sedang ada di depan menuju keluar dari j20.terus bg lampu berhenti."nak pi mana ni ? tanya saya /"kami nk pi mengkuang.jom la.ok kata saya.dlm keta pak usop ada paklong hashim bersama.cantik.adik beradik juga.

terus keluar balik dan park keta di simpang j20.naik keta pak usop menuju ke felcra mengkuang.

Di pertengahan jalan hujan turun dengan lebatnya.dan singgah kejap kerana ada seorang lagi otai nak join sekali yakni abang zan.Adik beradik juga he he he.terus 2 buah kereta menuju ke sana.hujan masih mencurah tetapi renyai-renyai.

sampai laman hujan berhenti namun rintik-rintik saja.cari laman pacak je.bh pun kurang bunyi.ada tu ada.tp kurang lah kerana hujan lagi.

semua berpecah.hujan rintik2 pun depa pacak.jam menunjukkan pukul 10 pagi.hujan turun lagi.kali ni lebat sikit dari tadi.terus angkat menuju ke kereta kira2 1 kilometer berjalan kaki.masuk keta kami lepak di bawah bangsal baja felcra.borak dengan mandor di situ.hujan pun berhenti.cuaca pun agak ok dah nampaknya.terus bergerak dengan kereta ke laman lain.berpecah 3 simpang.saya kiri, paklong hashim depan, pak usop kanan.dan abg zan masih x keluar juga daripada laman pertama tadi.dalam hujan pun dia balun juga pacak.

cuaca mula naik panas.cari laman mana nak pacak ni kerana lopak air banyak sgt di sini.cari laman tepi jalan sikit.pacak NY.bh mula bunyi.NY sahut dan sahut.bh melintas.NY main lagi.x juga bh sampai.NY buat kerja lagi dok perap perlahan.tiba2 melayang sekor sampai depan NY.NY pulun x ingat,namun bh buat x tahu saja.x turun pun.terus prufff terbang.tiba-tiba di pokok mati di tengah semak di tengah bendang tu ada 2 ekor dok  menekan.sora kendur (kopi 0)NY panggil lagi.bh pindah depan sikit namun x juga sampai.NY panggil lagi x jugak sampai.saya duduk dlm mafla dh berasap panas.pasai jam dah 12 tgh.tempat berteduh pun x ada.sawit kecil.maklumlah nursery tanah sawit.tiba2 melayang sampai sora kendur tadi di hujung jalan.main di sana.makin lama melayang makin dekat.setiap tunggul yg dia ada dia hinggap sampai lah depan NY.dalam 10 minit dok pulun di situ pruffff terjun laman atas jalan.berjalan masuk laman.prufff masuk dalam laman.prap-prap berlaga.sangkut...terus cepat keluar.risau juga lepas hujan ni.biawak suka sgt.

nin dia



terus keluar kerana siap perbetul racik dh dekat 1/2 jam.sampai di simpang park kereta paklong hashim dah tunggu ,pak usop pun berjalan mai.dh tapau sorang sekor.alhamdulillah.kwsn dekat tapau setiap simpang.terus masuk kereta tunggu abg zan keluar.rupanya depa 3 org ada program lepas ni.depa nk ke rumah abg mail utk tolong ambik denak dia terlepas tali ulat putus.Adik beradik juga ni he he he.Jam 1 terus kami semua bergerak ke rumah abg mail.sambil tunggu abg mail balik kerja pak usop dengan paklong hashim pasang jebak dulu depan rumah abg mail.kot denak abg mail nak ke jebak.

nampak tu depa dok sakan tengah pulun install jebak he he he




Namun agak mengecewakan kerana denak tersebut entah kemana sudah pergi.mungkin telah ikut betina.kerana sudah 7 hari terlepas.sambil menunggu kami ke belakang rumah abg mail utk pacak lebih kurang.tunggu punya tunggu namun tiada juga dengar suara denak abg mail.walaupun begitu pak usop tapau seko di sini.ingatkan denak abg mail dah.tp bukan.x ada tali ulat.jam 7 ptg terus kami bertolak balik.


sekian

Isnin, 21 Jun 2010

HILANG KETAGIH DI HARI AHAD

Salam
20 Jun 2010 - Ahad
lepas siang daging kenduri
lokasi : j20
pikat : NY

NY dah lama x bawa kerana meluruh dan tidak sihat.jadi nampaknya dia pun kurang nak main.lokasi suara sedang atas bukit.sampai laman dengar suara bh riuh rendah.namun tak ada yang betul-betul nak aim.ada pun suara kendur kosong.ada sekor suara kecik selang saja x sampai.ternampak 2-3 ekor melambung naik.bila dah betul-betul cam(pasti) laman dia terus saya naik atas bukit.himpit 3 pokok.cari laman sesuai pelepah jatuh di tepi jalan.turun racik juaseh atas batu lada.siap menyorok bh melambung prufff landing betul-betul sawit saya menyorok.nasib baik dia hinggap di pelepah depan.ngam-ngam betul dengan NY,cantekkkk.NY pulun angguk angga,selang sulam.bh tekan terus prufff sawit dekat NY.angguk angga bh ni.manguku sana sini pruf terjun dekat dengan NY.adddoiii x turun depan laman .bukan main cantik kita buat laman suruh landing.dia tak landing.menguku masuk berlaga dengan NY.NY tembak naik bh naik sawit balik.NY panggil balik .bh menguku lagi dan perap lagi.hai bila nk terjun.NY perap singkat mcm perap betina sambil patuk buah rumput untuk buat sarang.Bh gelisah takut betina kena ambik dengan NY ha ha ha terus pindah pelepah turun ke racik.cantikkkk.bh meniti sambil perap.berjalan lagi atas pelepah di atas kepala NY.menuju turun pelepah.pelepah tu hujung daun turun ke laman racik.kih kih kih.stratergi laman jatuh.bila bh meniti prufff terjun dalam laman racik.menguku sekali terus tarik kaki.nin diaaaa....



siap semua terus turun ke bawah bukit.sura kecik selang saja bila himpit cabut.start moto terus menuju ke jalan nak balik.berhenti motor dengar sekor suara kasar bersih guk 2 gantung dok perap.cantik betul air suara.terus masuk himpit .Bh lambung guk.terus pap-pap-pap melambung naik.cepat2 saya pacak racik juaseh lagi sekali.kali ini saya turun kan SJ pulak.siap pacak sj buat kerja kejap, pruffff nampak dah bh tadi hinggap depan sawit sj.SJ bg angguk angga ,sulam terus bh pindah sawit.perap dan selang bh bagi.SJ angguk laman prufff terjun di laman.menguku sana sini dah tarik kaki.terus saya keluar.elok nak ambil bh (nak cekup) prufffff bh terlepas.adddoiiiiiiiiiii.rugi sungguh.namun apa kan daya bukan rezeki nampaknya tu.pasai saya dah kata jika dpt bh tadi nak balik dah.tp saya pacak lagi he he he.tu la pasal ha ha ha ha .kemas semua terus bergerak balik nk pergi kenduri pula.

sekian

BUKIT JIN KEMAYAN

Salam
19 Jun 2010 Sabtu
Bukit Jin, Kemayan Pahang
Jentera 3 org
Pikat : bb & sj

Lokasi ini telah kami planning 2 minggu lebih awal.memandangkan banyak kenduri kendara jadi planning tersebut terpaksa kami tunda beberapa lama.

Jadi pada hari ni ada peluang untuk memikat di luar.kerana esok nya (ahad) ada kenduri pulak.planning hari ni nak bergerak awal .selepas subuh cadangnya.namun jam 7 pg juga bertolak.org rumah dah siap bancuh kopi o panas masukkan ke dalam flus dan goreng keledek.sampai di temerloh berhenti sarapan dulu.lebih kurang jam 9 pagi sampai di pekan kemayan.kami menuju ke kedai burung dulu.nk riki harga he he he.

adik ipar dan pak usop sambar tumang stainless steel.saya kajau tali kaki aje.siap semua kami bertolak masuk ke ladang bukit jin.
kenapa bukit jin lokasi kami ? kerana lama x masuk ke sini.bukit jin memang terkenal suatu masa dulu dengan bh yang baik2.di samping itu jugalah kawasan ini bh jadi pikat.namun di sini kena berhati-hati .jangan kita kejar bh sangat.biar sikit2 aje.jangan kita ikut bh masuk kedalam.jawabnya kita akan tersesat.bukit jin kawasannya luas dengan simpang siur nya.silap tanda simpang jawabnya x keluarlah.kecuali ada terjumpa dengan orang sana di ladang.dulu sahabat pak usop sesat di bawa bh.bukan bh yang membawanya.tetapi alam lain.kami ke sana dengan kereta.jadi pergerakan terbatas.kami hanya main di tepi-tepi ladang sahaja.kerana jalan masuk ladang semuanya ada gate.sampai lokasi park kereta di tepi jalan.dengar bh riuh rendah di sawit rendah.terus kami berpecah masuk.adik ipar ke kiri ,saya ke depan dan pak usop ke kanan.tapi saya ingat pesan pak usop jangan masuk ke dalam.so kami semua main di tepi sahaja .walau di tepi bh punya banyak.saya himpit suara sedang selang banyak.pacak BB x layan bb.terus saya ikut dia.masa ni lah saya jadi terlupa pesan pak usop kerana ikut bh.saya terus ikut bh sampai terjumpa anjing 3 ekor.terus saya patah balik.namun saya ingat dan berpaling ke belakang untuk cam simpan.jadi saya patah balik.saya ke kiri,sama juga bh td makin lama makin jauh.lantak lah .kau bukan rezeki aku.terus saya patah balik saya pacak di tempat saya pacak mula-mula tadi.lantaklah jika ada rezeki saya, bh akan datang cari pikat.saya pacak sj.lepak sekejap sj bunyi.menandakan ada bh.bh melayang dari tepi saya naik atas sawit.sj buat kerja.bh melayang ke dpan.sj buat kerja.bh terjun.menguku sana-sini namun celir racik pulak.menguku sampai depan racik patah balik tepi busut.perkara tu berulang berkali2.saya ingat dalam 20 kali bh buat macam tu.sampai depan racik dia pusing naik busut.kemudian sampai sekor suara sedang atas sawit tadi.bh naik pokok kejar bh baru sampai tadi.adegan berlaga sampai di atas jalan.dalam 10 minit berlaga sampai masuk ke dalam semak kedua bh tadi.salah seko yg baru sampai lari.sj panggil bh td sampai semula.perkara sama berulang.bh masuk ikut semak belakang.prap berlaga.namun x kena racik.dia terbang.keluar balik ,masuk ikut belakang semula, prap berlaga lagi.keluar.addoiiiiii.hampir 20 minit macam tu.namun saya tetap sabar menunggu.bh masuk lagi.kali ini mungkin dia geram agaknya pasai x dapat pukul sj.kali ni dia masuk ikut belakang dan berlaga lama sikit dan sj buang ke racik terus tarik kaki.cepat2 saya keluar dengan hati yang puas.nak pukul sangat hati kecil saya berkata.nin dia.kebetulan kena racik pak usop call jom pindah.saya kata jom he he he.nin dia samseng kampung jin.



siap semua, saya pergi ke pak usop dan adik ipar.senyum je depa ,pasai tapau sorang seko di sini.alhamdulillah.dapat juga hasil kawasan sini.

ceyyyyy ..nampak tu pak usop tunjuk bh dia dapat tu.prengggggg



atas tu pak usop dengan adik ipar



Tengok jam dah pukul 11 tgh.kami pindah lokasi kedepan lagi.ke risda ladang bukit jin.kira-kira 1 kilometer perjalanan.sampai laman pokok sawit baru tanam dan seberang sawit tinggi 10 kaki.bh kurang riuh di sini.namun kami pacak saja.x lama kemudian sj buat kerja.tengok bh keluar dari sawit rendah menuju sawit tinggi.selang sepokok dari sj.sj saya pacak tepi sawit tinggi di tepi jalan saja.bh pindah pokok.selang.sora kecik.pindah lagi dok perap atas sawit x turun-turun lagi.bertukar pelepah.x lama kemudian pruffff terjun.menguku sana sini naik atas busut sikit tarik kaki.jadi lah....nin dia



Sebelah petang kami ke triang.namun gagal menurunkan bh.kerana bh kawasan sini dah celir.pasal ramai sangat orang memikat di kawasan ini.namun ada 2 ekor bh target insyaallah.kebetulan sampai laman terjumpa sama lama dengan 2 orang chiness daripada penang pun memikat juga.dia orang dah 4 hari berada di pahang.jam 6.15 petang kami bertolak balik ke jengka.

sekian laporan hilang ketagih

Jumaat, 18 Jun 2010

KOSMO

Rezeki memikat tekukur Rezeki memikat tekukur



KOMUNITI peminat burung tekukur mudah ditemui di Kelantan.



--------------------------------------------------------------------------------





NEGERI Cik Siti Wan Kembang sememangnya masih tebal dengan amalan dan adat tradisi dalam kalangan masyarakatnya. Selain permainan tradisional seperti dikir barat dan mak yung, warga Kelantan juga terkenal dengan sukan berasaskan haiwan.



Selain pertandingan ayam serama, rakyat di negeri itu juga gemar pada satu lagi aktiviti waktu senggang iaitu memikat burung tekukur. Turut dikenali sebagai merbuk, ia adalah spesies burung yang habitat liarnya di hutan dan pinggir bukit.



Untuk memikat (menjerat atau menangkap) burung ini, seseorang itu perlu mengenal pasti kawasan tempat tinggalnya. Lebih baik jika seseorang yang ingin memikat turut mengetahui kawasan unggas itu suka mencari makanan.



Walau bagaimanapun, kerja memikat burung tekukur ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan kadang-kadang terpaksa mengambil masa berhari-hari untuk mendapatkan seekor burung yang digemari. Lazimnya, pilihan itu dibuat berdasarkan pada bunyi kicauan yang merdu.



Muslihat denak



Untuk tujuan memikat tekukur, seseorang pemikat memerlukan seekor denak (umpan burung pemikat yang ditambat) dan jerat dengan menggunakan tali dan dua batang pemacak iaitu unjang yang diperbuat daripada besi tembaga.







ABDULLAH BAKRI JUSOH berjaya menghasilkan anak burung tekukur untuk dijadikan burung denak.



--------------------------------------------------------------------------------







Burung yang berada di atas pokok di sekitar kawasan berhampiran akan terbang mendekati denak yang biasanya dipasang di kawasan lapang. Bunyi kokokan denak sering dianggap sebagai panggilan cabaran untuk bersabung.



"Burung tekukur liar yang tersilap langkah akan memasuki jerat tersebut. Kebiasaannya, ia sudah tidak boleh terlepas lagi dari perangkap itu apabila sebelah kakinya sudah terikat," kata seorang pemikat tekukur, Abdullah Bakri Jusoh, 50.



Abdullah ditemui dalam pertandingan memikat burung tekukur di Gunung, Bachok anjuran Pejabat Kemajuan Masyarakat (Kemas), Bachok baru-baru ini.



Menurut Abdullah, hobinya memikat burung tersebut bermula sejak usia muda lagi. Dia juga pernah menternak sebanyak 200 ekor burung tekukur pada satu-satu masa. Burung-burung tersebut diperoleh dari hutan Kelantan dan Terengganu.



Pendapatan sampingan



Katanya, seekor burung berkenaan mampu mencapai harga antara RM1,000 hingga RM2,000 bergantung kepada kemerduan bunyinya.



"Saya pernah menjual burung itu kepada peminat burung termasuk dari Johor dan Negeri Sembilan," kata Abdullah yang berasal dari Kampung Seri Aman, Pasir Puteh dekat sini.



Rakannya, Abdullah Deraman, 47, pula berkata dia mula memikat burung tekukur sejak tiga tahun lepas sebagai aktiviti mencari pendapatan sampingan.





ILIAS (tengah) menyampaikan hadiah kepada Mohd. Shaharudin Mat Zin (kiri) iaitu juara Pertandingan Memikat Burung Tekukur di Kampung Bukit Kecil Gunung, Bachok, Kelantan.



--------------------------------------------------------------------------------





Sehingga kini, dia yang bekerja sebagai pesawah itu mempunyai 34 ekor burung yang sedia untuk dijual kepada peminat burung. Abdullah meletakkan harga antara RM150 dan RM700 seekor.



Beliau berkata burung-burung berkenaan diperoleh dari hasil usaha memikat di sekitar kawasan pinggir hutan di Bukit Jawa, Kedai Mananti dan Pasir Puteh.



Sementara itu, anggota Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Dr. Ilias Hussin ketika merasmikan pertandingan itu berkata, pertandingan memikat burung boleh dikomersialkan bagi memberi pendapatan tambahan kepada petani.



Pertandingan itu sesuai diadakan pada hujung minggu untuk menarik minat orang ramai termasuk pelancong asing yang menyaksikannya

LINK :

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

Selasa, 15 Jun 2010

ISTILAH 11 - CAM KASAU

Salam
Pada hari ini saya cuba menengahkan 1 lagi istilah yang selalu orang belah utara gunakan yakni istilah CAM KASAU.

Apa tu cam kasau ?
cam kasau ni adalah boleh di maksudkan begini

1) CAM = kenal
2) KASAU = angga,tempat, kawasan

jadi di satu kan menjadi kesinambungan ayat = CAM KASAU = kenal angga, tempat

Cam kasau ni merupakan istilah bg burung yg hanya suka tempat dia sahaja.dia tidak suka berada di tempat lain.sebagai contoh burung yang di gantung kan pada satu-satu tempat di rumah kita.dia memang suka berbunyi di situ sahaja.Apabila kita pindah tempat gantungannya dia tidak akan berbunyi sampai sudah.Ini kita kategorikan sebagai cam kasau.

Dengan cara begini kita akan dapat tahu burung tersebut tidak boleh main banyak kawasan.

Jumaat, 11 Jun 2010

TEMBAGA

Salam semua

Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan peminat terkukur semua berkenaan dengan jenis tembaga besar.Tembaga besar adalah boleh di samakan juga dengan istilah tembaga arang kerana jika kita lihat pada sisik ikan (bulu) nya berbentuk seperti daun buluh dan halus-halus berlainan dengan sisik ikan terkukur biasa yang ada berbentuk bulat kuku, bujur sireh dan mata gergaji.kesemua jenis sisik ikan yang saya sebutkan di atas merupakan pendek-pendek sahaja kecuali sisik ikan Tembaga besar , tembaga arang, tembaga daun pisang kering.namun pada gambar ini merupakan jenis tembaga.Tembaga besar berwarna gelap seakan-akan Jerun seperti warna daun pisang kering.
pada gambar ini hanyalah sekadar berkongsi jenis dan pattern bulu Tembaga arang, tembaga besar untuk tontonan rakan-rakan.



Note : Gambar burung ini adalah di sunting daripada gambar burung milik  sdr nasir BENDAHARI PWSTM

TRIANG SAT- PETANG

Salam
Triang-petang pulak
jentera 3
pikat : BB (15)

siap makan di bandar triang pada jam 3 ptg terus bergerak ke Paya Lang , triang pulak.cuaca kurang cantik ,ujan,patah balik ke laman kami main pagi & tghari tadi.tapi kali ni kami main sawit rendah pulak.park keta fuhhh..riuh rendah dengan bermacam-macam suara bh.terus menuju ke bawah tali api.




di depan mat indon potong buah pulak.mana nk pacak ni.tengok lokasi sikit betul2 tempat bh otai dok berlawan di atas tali api.saya pacak dekat tepi perdu sawit berdepan tali api.untung-untung bh nampak nanti.siap pacak racik 21 mata terus menyorok selang sepokok .pasai risau gak dok jauh2 ni.sawit rendah pulak tu.siap dok tunggu bh tadi sampai menghalau bh lain.lepas tu datang semula atas tali api.sura sedang atas.terus dia sampai betul2 depan bb_L.agak lama juga bh ni nak turun kira2 20 minit ada.dok pusing kiri kanan.tiba2 prufffff melayang ke depan racik.angguk kiri kanan purf tarik kaki.wassalam.....

nin dia




TRIANG SAT-TENGAHARI

Salam
Triang - tengahari
jentera 3
pikat : BB (15)

setelah mikat di waktu pagi sampai lah waktu nk keluar laman menghala ke laman lain pulak.park keta di laman mola-mola kami masuk tadi.ada banyak sora sedap2 di sini.saya dgn adik ipar himpit sora kasar tarik akar.kalau dpt hat ni syok ooooo.tp apakan daya x mau turun langsung.pikat x baik tu pasai tak mau turun..prengggg

pak usop ke sebelah kiri.tapi x jauh lah dari keta.siap pacak semua saya lepak ngan pak usop aja.adik ipar dh tukar laman lain.tengah dok rileks2 lepak atas jalan sambil borak2 pikat pak usop menekan sakan.pastu menguku.tengok bh dh sampai depan sawit tinggi.menguku punya nguku prup kena dah.nin dia...


Burung di atas yang pak usop dapat ni betul2 jinak.saya pun naik hairan.pak usop masukkan ke dalam sangkar bulat terus patuk makan mcm pikat.sisik bulu,kita pergi dekat pun x kelupur mcm bh yang baru dpt.duduk gaya pikat di atas anggar sangkar bulat.pattern badan lengkap untuk di jadikan pikat.kepak, celak, penyambut , dada ok.orang kata ada potensilah.bersambung ...di sebelah petang pulak.

TRIANG SAT-PAGI

Salam
* Jun 2010
Triang
Jentera : 3
Pikat : bb (15)

Set punya set akhirnya turun jugak.sebiji keta ngan orang lama(pak usop) dan adik ipar bergerak ke Triang.Lokasi memang dah kenal pasti.

Jam 8 pagi bergerak.singgah di Paya Pulai sarapan.sampai laman jam 9 lebih.Pak usop tau laman dia.terus je masuk.Bh jinak-jinak sini.keta kita lalu pun dia lari x jauh.sampai laman terus dengar mana bh yg syok2 sikit.sora kasar di sebelah kiri.sora kecil di kanan.pak usop dan adik ipar ke kanan.saya ke kiri.laman semak separas betis.mana nk pacak ni.pokok sawit 20 kaki tinggi.

cari punya cari jumpa la laman.

buat laman sikit turun racik 21 mata.turun bb_L.terus sepokok masuk mafla.bb_L buat kerja sora kasar melambung sana sini.namun x jugak turun.tiba-tiba sampai seko sora kecik dari belakang.tekan punya tekan.prap sampai depan bb_L.lawan punya lawan bh pindah sawit tinggi depan.pruffff terjun ke laman.angguk punya angguk tarik kaki.terus masuk jut bungkus pindah depan sikit untuk cuba sora kasar.namun sora kasar x jugak turun.angkat pegi ke kereta.kerana keta park tepi jalan sepokok aje.nin dia.